KOTA KINABALU: Kerajaan negeri pada Selasa menzahirkan ucapan takziah kepada penganut Katolik di seluruh dunia berikutan pemergian Pope Francis pada Isnin.
Menerusi satu kenyataan, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menyifatkan pemergian ketua gereja Katolik itu sebagai kehilangan besar kepada penganut Katolik seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
“Dunia meratapi pemergian seorang pemimpin kerohanian yang benar-benar mulia, terkenal dengan kerendahan hati, belas kasihan dan kebijaksanaan.
“Bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Sabah, saya mengucapkan takziah kepada semua penganut Katolik di saat kesedihan anda,” katanya.
Pope Francis, 88, meninggal dunia pada Isnin di Vatican. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ