KOTA KINABALU: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan sekurang-kurangnya dua individu dijangka didakwa tidak lama lagi berhubung skandal perlombongan di Sabah.
Pada 6 Jun, sumber SPRM memaklumkan bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dua minggu sebelumnya dan beberapa individu berkemungkinan didakwa.
Memetik FMT, Azam ketika ditemui ketika program SPRM di Bangi, Selangor, hari ini, berkata pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.
Bulan lalu, SPRM menyatakan laporan forensik terhadap video kontroversi berkaitan skandal tersebut telah disiapkan.
Video yang tular sejak 2024 itu dikaitkan dengan beberapa ADUN Sabah dan dipercayai memaparkan perbincangan berkaitan rasuah dalam projek penerokaan mineral.
Namun, Azam sebelum ini menyatakan video awal tersebut kurang kredibiliti kerana telah disunting secara berat. –Sabahnews

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ