TENGHILAN – SMK Tenghilan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025 di Dewan Serbaguna Pekan Tenghilan, baru-baru ini, bagi meraikan kejayaan pelajar dalam pelbagai bidang akademik dan kokurikulum. Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Penglima Wilfred Madius Tangau.
Dalam ucapannya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menyatakan kebanggaan terhadap pencapaian anak-anak didik yang menjadi contoh inspirasi kepada masyarakat. “Tahniah kepada semua pelajar yang menerima anugerah hari ini. Kejayaan ini adalah hasil komitmen mereka dan sokongan tidak berbelah bagi daripada guru serta ibu bapa,” ujarnya.
Beliau turut menekankan pentingnya pendidikan dalam membentuk generasi muda yang berdaya saing. “Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk lebih banyak pencapaian cemerlang pada masa hadapan. Teruskan berusaha, teruskan berjaya,” pesannya.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada pelajar cemerlang, disusuli sesi fotografi kenangan. Kehadiran orang tua dan guru-guru turut menyemarakkan lagi suasana majlis.

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata