KOTA KINABALU: Wanita warga emas ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Mansiang, Jalan Bukit Kokol, Manggatal, di sini, malam ini.
Mayat mangsa dikenali sebagai Ng Su Yen, 72, ditemui di dalam rumah berkenaan selepas api berjaya dipadamkan pasukan bomba.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Laupen Nuar, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.27 malam.
Katanya, seramai 20 anggota bersama jentera dari BBP Lintas dan BBP Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, didapati rumah dua tingkat jenis separuh kekal itu musnah terbakar 100 peratus.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran dengan dua pancutan dari sumber air jentera bomba dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.54 malam.
“Mangsa yang ditemui rentung disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran,” katanya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ