Oleh Faizal Rahman
BELURAN : Pihak Bomba di sini berjaya menangkap seekor Ular Tedung Selar sepanjang enam kaki di kantin SMK Beluran Bestari hari ini.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran Rastam Keladi , lapan anggota Bomba yang diketuai oleh PBK II Rahmat Rudat bergegas ke sekolah tersebut sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 2.42 petang.
Pasukan Bomba bertindak menangkap ular tersebut menggunakan “snake catcher” dan membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum menamatkan operasi pada jam 2.54 petang, kata Rastam lagi.
SMK Beluran Bestari terletak 2 KM dari Balai Bomba dan Penyelamat Beluran.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ