PAPAR – Isu keselamatan dan kesesakan lalu lintas di persimpangan Jalan Kinarut, yang dikenali sebagai ‘Pusingan P’, telah berjaya dibawa ke peringkat kerajaan pusat berkat usaha gigih Datuk Nelson Wences Angang.
Yang Berhormat Datuk Nelson telah menyuraikan isu yang lama membelenggu penduduk ini dengan membawanya secara langsung ke dewan yang tertinggi, iaitu Parlimen. Tindakan proaktif beliau ini telah menyebabkan perkara tersebut mendapat perhatian serius daripada kerajaan persekutuan.

Dalam satu sesi persidangan baru-baru ini, Datuk Nelson telah menyuarakan kebimbangan penduduk mengenai keselamatan dan kesesakan di ‘Pusingan P’. Usaha ini berhasil apabila jawapan dan komitmen tindakan telah diberikan secara rasmi oleh wakil Kerajaan Persekutuan, mengakui keperluan untuk menangani masalah tersebut.
“Kami mewakili suara rakyat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Nelson. Beliau tidak sekadar mendengar, tetapi telah mengambil tindakan dengan membawa isu tempatan kita sehingga ke peringkat kebangsaan. Ini membuktikan kepimpinan beliau yang benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat,” ujar seorang wakil penduduk tempatan.
Dengan penglibatan kerajaan pusat ini, diharapkan satu penyelesaian yang komprehensif dan kekal lama akan dapat dilaksanakan untuk memastikan keselamatan dan kelancaran trafik di kawasan tersebut.
Komitmen Datuk Nelson Wences Angang dalam memastikan suara rakyat didengari di peringkat tertinggi kerajaan merupakan satu contoh teladan kepimpinan yang berjiwa rakyat.

More Stories
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya
596 calon tanding PRN Sabah, bakal rebut 73 kerusi DUN
Program Living Lab UMS Tingkatkan Keupayaan Komuniti Tempasuk