Shafie (tengah) menerima kunjungan hormat pelabur daripada Jepun
Oleh: Nio James
KOTA KINABALU: Beberapa syarikat pelaburan terkemuka daripada negara Jepun menyatakan minat untuk melabur di negeri ini dalam pelbagai industri termasuk termasuk pelancongan dan perhotelan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal berkata, syarikat berkenaan mencadangkan pulau-pulau yang bersesuaian khsuusya di Kota Knabalu untuk menempatkan pelaburan mereka.
“Mereka mencadangkan Pulau Sulug untuk menempatkan pelaburan mereka dan akan menyediakan prasana seperti hotel dan juga tenaga solar untuk membekalkan bekalan elektrik kepulau itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat sembilan syarikat terkemuka daripada Jepun, diketuai syarikat Winoyu Global Co., Ltd, di Bangunan PPNS, disini pada Isnin.
Shafie berkata, pelabur Jepun itu akan menyediakan kewangan sendiri sementara kerajaan negeri akan menyediakan tapak.
Mereka dapati Sabah sebuah lokasi yang berdekatan dengan Jepun, malah ramai pelancong Jepun menjadikan Sabah untuk mereka lawati” katanya.
Shafie berkata, pelaburan lain yang dinayatkan ialah minat mereka dalam perladangan telur ayam.
Syarikat itu merupakan pembekalkan telur ayam terbesar di Jepun yang mempunyai hasil sehingah mencecah 400 bilion yen.
“Saya amat gembira melihat bagaimana untuk menarik minat mereka termasuk untuk menyediakan satu tempat sektor peruncitan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) , sama seperti peruncitan Mitsui yang ada berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2. dimana ramai pelancong yang datang untuk membeli barangan.
“Amat penting untuk kita pastikan supaya kemudahan ini dapat disediakan.
Kita akan selami perkara ini secara mendalam untuk memastikan pelaburan ini dapat direalisasikan,” katanya dan menambah bahawa beliau akan mengadakan lawatan ke Jepun samaada pada bulan Ogos atau September untuk menarik pelabur daripada negara itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Wanoyu Co., LTD, Nikko Doh berkata, mereka memilih Sabah untuk pelaburan kerana tertarik dengan keindahan lautan negeri ini.
“Sabah merupakan sebuah negeri yang mempunyai lautan yang paling indah, disamping negeri ini berdekatan dengan Jepun,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ