MUSNAH: Keadaan kedai pakaian di Pekan Tamparuli yang terbakar pada petang tadi.
Oleh Nio James
TUARAN: Sebuah kedai menjual pakaian musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4.50 petang Selasa.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Sailin Jun berkata sebaik menerima panggilan berkenaan kejadian pihaknya menggegaskan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran ke lokasi.
Katanya operasi pemadaman turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Lintas.
“Kebakaran membabitkan sebuah kedai pakaian di di tingkat bawah bangunan deretan kedai di Pekan Tamparuli.
“Operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan sumber air dari jentera bomba,” katanya.
Menurutnya setakat jam 7.40 malam pihaknya masih menjalankn operasi pemadaman dan maklumat lanjut berkenaan keluasan kebakaran serta kerugian keseluruhan akan disalurkan dari masa ke semasa.
Beliau bagaimanapun berkata maklumat awal menyatakan tiada sebarang mangsa yang cedera dalam kejadian itu.

Madius yang sedang bermesyuarat di pejabatnya serta merta bergegas ke tempat kejadian untuk melihat sendiri keadaan setelah menerima maklumat mengenai kebakaran tersebut.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ