Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESSCOM Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan berkata penstrukturan semula itu sedang dibincangkan dalam Majlis Keselamatan Negara yang akan memperincikan langkah-langkah untuk memantapkan keselamatan di pantai timur Sabah.
“Kita berharap penstrukturan semula ESSCOM ini juga akan meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap ESSCOM dan keyakinan mereka terhadap keselamatan untuk menjalankan aktiviti harian seperti biasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Santai Merdeka ESSCOM bersama rakyat di Sandakan di sini hari ini.
Noor Alam berkata pihaknya juga bersyukur dengan penerimaan baik rakyat terhadap ESSCom dan kebanyakan rakyat merasakan kewujudan ESSCOM sangat diperlukan dalam mengekang kegiatan jenayah di pantai timur Sabah, khususnya jenayah rentas sempadan.
Beliau turut menghargai sokongan dan kerjasama agensi keselamatan dalam menjayakan usaha ESSCOM memastikan keselamatan di kawasan berkenaan.
Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong berkata ESSCOM telah menjalankan tanggungjawab di pantai timur Sabah dengan baik dan merupakan elemen penting dalam mewujudkan perasaan selamat dalam kalangan masyarakat, termasuk pelancong.
Dalam menjaga keselamatan nelayan di perairan, beliau juga akan berusaha meyakinkan kerajaan untuk mewajibkan pemasangan Sistem Pemantauan Automatik (AIS) pada kapal nelayan di Sabah, khususnya di pantai timur.
Terdahulu, Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali berkata kerjasama ESSCOM dengan jabatan dan agensi kerajaan sentiasa diperkemaskan dan ditingkatkan melalui pertemuan pelbagai hala, perbincangan dan perkongsian maklumat.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ