PEKERJA WANITA WARGA INDON LEMAS SELEPAS KENDERAAN HANYUT DIBAWA ARUS SUNGAI

Anggota Bomba dan Pertahanan Awam sedang mengangkat mayat mangsa dari sungai 
Oleh Faizal Rahman
TONGOD : Seorang pekerja wanita warga Indonesia lemas selepas terperangkap dalam kenderaan majikan yang hanyut dibawa arus sungai berhampiran Kampung Semundoh dekat sini tengahari Sabtu.
 
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabatangan Nurul Azlan Jamaluddin, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Tongod pada jam 12:02 berhubung kejadian tersebut.
BBP Kota Kinabatangan seterusnya respon kes tersebut menggunakan sebuah jentera bomba ke tempat kejadian sejauh 130km daripada balai, kata Nurul Azlan.
Operasi mencari dan menyelamat diketuai oleh PBK II Ahmad Khairul Aris bersama 3 orang anggota Bomba dan dibantu oleh anggota Pertahanan Awam serta polis, katanya lagi.
Nurul Azlan berkata operasi permukaan air dijalankan disekitar mangsa dilaporkan hilang dan mayat mangsa berjaya dijumpai oleh orang awam pada jarak 40 meter dari lokasi kejadian.
Pasukan bomba seterusnya mengambil mayat mangsa dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum menamatkan operasi pada jam 3.24 petang, tambah beliau.
Difahamkan mangsa dan majikannya dalam perjalanan dari kebun di Kampung Semundoh ke Telupid. Majikan mangsa berumur 64, telah hentikan kenderaan jenis Toyota Hilux Single Cabin beliau diatas bukit untuk tengok keadaan selepas laluan kenderaan dinaiki air sungai.
Kenderaan itu kemudian telah hilang kawalan sebelum terjatuh ke sungai dan dibawa arus tetapi majikan mangsa sempat menyelamatkan diri.