Audio dan video pasal Abu Sayyaf yang kena share di Whatsapp tidak betul

Abu Sayyaf rebels are seen in the Philippines in this video grab made available February 6, 2009. Three aid workers, including two Europeans, kidnapped nearly four weeks ago on a remote Philippine island appeared in good condition in video footage broadcast by local television on Friday. The International Committee of the Red Cross (ICRC) workers, kidnapped by Abu Sayyaf rebels, were shown talking to an unidentified man while standing in a forested area, believed to be in the interior of southern Jolo island. REUTERS/Philippine National Red Cross via Reuters TV (PHILIPPINES). FOR EDITORIAL USE ONLY. NOT FOR SALE FOR MARKETING OR ADVERTISING CAMPAIGNS. PHILIPPINES OUT. NO COMMERCIAL OR EDITORIAL SALES IN PHILIPPINES.

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan di dalam hutan di Sabah seperti nota suara yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman (gambar) berkata nota suara meminta penduduk berhati-hati yang tular bersama sebuah video berdurasi 1.03 minit menunjukkan seorang lelaki diserang dengan parang dan ditetak serta kemudian ditembak bertalu-talu di kawasan semak itu bukan berlaku di Sabah sebaliknya di Filipina.

“Hentikan penyebaran berita palsu ini, jangan percaya audio (nota suara) yang disebarkan kerana ia palsu dan rakaman video itu sebenarnya berlaku di negara jiran,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ahmad Fuad berkata polis dalam masa sama sedang menyiasat penyebar maklumat palsu berkenaan kerana menimbulkan kegusaran awam.

Terdahulu, nota suara berdurasi 23 saat yang tular hari ini turut mendakwa tindakan kumpulan Abu Sayyaf itu sebagai mahu membalas dendam.