Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,509 kes baharu Covid-19 dan 61 kematian sekaligus jumlah tertinggi pernah direkodkan berbanding 59 sebelum ini.
Sebanyak 3,452 kes pulih turut dilaporkan, menjadikan 456,273 daripada keseluruhan 518,600 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini, manakala angka korban Covid-19 kini meningkat kepada 2,309 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 60,018 kes aktif, dengan 369 daripada 711 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes baharu itu, 20 ialah kes import dan baki 6,489 kes penularan tempatan membabitkan 5,931 warganegara dan 558 warga asing.
Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 2,049 kes.
Ini disusuli Sarawak (530), Kuala Lumpur (468), Johor (468), Kelantan (451), Pulau Pinang (384), Kedah (348), Melaka (329), Negeri Sembilan (329), Terengganu (263),Pahang (257), Perak (231), Sabah (184), Labuan (171), Putrajaya (40) dan Perlis (tujuh).
Noor Hisham berkata, daripada 61 kematian dilaporkan 16 kes di Selangor, Johor (11), masing-masing (enam) di Melaka dan Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (lima), Kedah (empat), masing- masing (tiga) di Sarawak, Negeri Sembilan dan Pahang, Terengganu (dua), serta masing-masing (satu) kes di Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Katanya, kematian itu membabitlan semua warganegara berusia 34 hingga 98 tahun, dengan 50 daripadanya mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, jantung dan dislipidemia, manakala 11 daripadanya tidak dimaklumkan sejarah penyakit.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong