Ibu bapa beri isyarat salah kepada anak-anak antara punca STEM merosot

[ad_1]

Oleh Shanika Abdul Latib

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Ibu bapa yang memberi ‘isyarat salah’ mengenai mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) merupakan antara punca merosotnya jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran itu saban tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia Hazami Habib berkata ini membimbangkan kerana ibu bapa yang memberi isyarat salah mengenai STEM boleh ‘mematikan’ minat pelajar terhadap subjek itu.

“Situasi ini juga menjelaskan antara sebab sistem pendidikan negara kehilangan sekurang-kurangnya 6,000 pelajar berpotensi dalam bidang STEM setiap tahun,” katanya kepada Bernama.

Jelas beliau kekurangan pendedahan mengenai aplikasi subjek sains dan matematik dengan kehidupan seharian juga menjadi antara sebab penurunan ketara pelajar dalam bidang STEM daripada 203,391 orang pada tahun 2012 kepada 167,962 orang pada 2018.

Baru-baru ini Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengakui jumlah pelajar yang mengambil mata STEM merosot saban tahun.

Maszlee berkata walaupun peranan STEM berkait rapat dengan pekerjaan baharu muncul dan industri digital yang berkembang pesat, namun penawaran bakat dalam bidang STEM agak membimbangkan.
…..



[ad_2]