KOTA KINABALU: Seorang maut manakala tujuh terselamat selepas bot penumpang dinaiki mereka dirempuh bot lain di perairan Kampung Pondo, Pulau Gaya, di sini, malam tadi.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Madsahir Ladja Hindu, 38, yang juga merupakan pengendali bot penumpang terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama tujuh penumpang termasuk anak lelakinya berusia sembilan tahun dari Kota Kinabalu dan dalam perjalanan ke Kampung Pondo.
“Ketika berada di perairan dekat Kampung Pondo, tiba-tiba bot yang dikendali mangsa dipercayai dilanggar oleh sebuah bot penumpang lain yang dinaiki dua lelaki.
“Akibat perlanggaran itu, mangsa terjatuh ke dalam laut dan hilang manakala tujuh penumpang melompat keluar dari bot dan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke persisiran pantai di kampung berkenaan.
“Bot yang melanggar itu terus melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Habibi berkata, mangsa ditemui oleh orang ramai di kawasan kejadian sejam selepas perlanggaran berlaku sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) untuk rawatan lanjut.
“Mangsa yang dirawat di wad kecemasan QEH1 disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10 malam tadi.
“Pada jam 2.52 pagi tadi, polis turut menahan seorang lelaki berusia 24 tahun kerana disyaki terbabit dalam kejadian itu,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 304/280 Kanun Keseksaan.
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK