KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mengesahkan gambar Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi wang kepada orang ramai yang tular di media bukan berlaku di Kimanis.
Sebaliknya, kejadian itu berlaku di Sandakan dan merupakan program sedekah kepada orang ramai selepas Shafie menunaikan solat Jumaat di Masjid Datuk Pangeran Galpam, di Sandakan, baru-baru ini.
“Berhubung gambar yang ditular di media sosial baru-baru ini mendakwa ketua menteri Sabah memberi wang secara terbuka sempena PRK Kimanis, SPRM Sabah telah menerima maklumat daripada orang awam dan telah membuat siasatan awal berhubung isu terbabit.
“Berdasarkan siasatan awal, SPRM Sabah mendapati kejadian itu sebenarnya berlaku pada 3 Januari lalu di Sandakan bersempena dengan program Pecah Tanah Pembesaran Lapangan Terbang Sandakan dan bukannya di Kimanis,” kata pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy, dalam satu kenyataan, hari ini.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius