Malaysia, Jepun pertingkat kerjasama dalam pembuatan pintar

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) — Malaysia dan Jepun bersedia meningkatkan kerjasama dalam pembuatan pintar dengan dengan mengguna pakai teknologi pintar, khususnya kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming berkata kerjasama itu akan membolehkan pengeluar tempatan belajar daripada syarikat Jepun untuk membudayakan teknologi Industri 4.0 menerusi pengurusan lean.

“SIRIM, agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan bekerjasama dengan pakar dari Jepun untuk membantu PKS mengenal pasti jurang dan masalah untuk tujuan penambahbaikan,” katanya ketika berucap pada seminar mengenai pembuatan pintar yang julung kali diadakan di sini, hari ini, anjuran bersama MITI dan SIRIM Bhd.

Hadir sama Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa.

Ong berkata tiga bidang utama itu telah dikenal pasti, merangkumi pembangunan kecekapan, projek penaiktarafan dan sesi libat urus bersama pihak industri.

Beliau berkata menerusi Hab Pembuatan Pintar dan Pusat Inovasi, SIRIM akan menjalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan dan penyedia penyelesaian dan teknologi Jepun dalam program usaha sama khusus untuk membantu syarikat tempatan menuju ke arah Industri 4.0.

Ia merangkumi pengumpulan data dan visual menerusi Objek Rangkaian Internet, pendigitalan, proses menambah baik dan integrasi sistem.

“Sehubungan itu, kerajaan menawarkan pengurangan cukai berganda terhadap perbelanjaan yang ditanggung syarikat anchor di bawah program pembangunan vendor,” kata Ong.

Sementara itu, beliau berkata di bawah Dasar Negara mengenai Industri 4.0 (Industry4WRD), 500 PKS tempatan akan terpilih untuk dinilai secara percuma, manakala syarikat-syarikat lain dijangka menikmati pengurangan cukai bagi penilaian kesediaan.

“Setakat ini, kami menerima 300 permohonan daripada PKS dan berharap akan menerima lebih banyak permohonan,” kata beliau.

— BERNAMA

[ad_2]