Oleh: YB Datuk Seri Panglima Wilfred M. Bumburing
Presiden Parti Cinta Sabah dan ADUN N.9 Tamparuli.
Penerimaan istilah “Anak Sulung” oleh Parti Cinta Sabah (PCS) adalah satu langkah berwawasan ke arah menyatupadukanpelbagai suku etnik di Negeri Sabah di bawah satu pertubuhan parti politik. PCS mendefinisikan Anak Sulung Sabah sebagai merangkumi semua suku kaum yang sudah sedia tinggal dan berada di Negeri Sabah sebelum Hari Malayisa 1963 seperti Kadazan, Dusun, Murut, Lingkabau, Tombonuo, Tidong, Ida’an, Bonggi, Lundayeh, Bajau, Iranun, Bisaya, Brunei, Suluk dan sebagainya. Ini bukanlah bermakna mengganti atau mengubah nama-nama suku kaum itu tetapi hanya satupenjenamaan semula yang lebih luas dan merangkumi sebilangan besar masyarakat kaum asli di negeri ini.
Negara-negara lain yang mempunyai konsep yang sama ialah Kanada, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand danTaiwan di mana orang asli di negara tersebut dipanggil “First Nations”, “American Indians”, “Aborigines” dan/atau“Maori”. Oleh yang demikian, di Sabah, PCS menggunakan istilah Anak Sulung ini untuk merujuk kepada semuapenduduk asal negeri Sabah. Perkara ini sangat penting untuk difahami oleh penduduk asal Sabah agar membolehkan kitamembezakan dengan dengan ratusan ribu penduduk lain yang dikategorikan oleh Jabatan Perangkaan di dalam laporan mereka sebagai “Bumiputera Lain” yang telah menjadiwarganegara Sabah melalui pengeluaran Projek IC.
Atas alasan inilah maka istilah “Anak Sulung” ini diterimapakai dan yang telah menjadi intipati utama di dalam Deklarasi Pensiangan. Setiap Anak Sulung memiliki tanggungjawab untukmempastikan bahawa mereka turut-sama dalam membuat perubahan radikal demi mencapai satu perubahan kerajaan (regime-change) dan ke arah penentuan-diri (self-determination). Penentuan-diri ini bermakna, Sabah sebagai salah satu dari tiga wilayah, yang dua adalah Sarawak dan Malaya, yang membentuk Malaysia, harus dibiarkan untuk menikmati status autonomi mereka sebagaimana dijamin oleh MA63 dan Perlembagaan Persekutuan dan mempastikan bahawa Impian Malaysia (The Malaysian Dream) sebagaimana diilhamkan olehalmarhum Tunku Abdul Rahman dinikmati oleh setiap warga Sabah.
Setakat ini, PCS sudah selesai menyiapkan sebuah buku yang mengandungi teras perjuangannya yang didahului oleh Deklarasi Pensiangan yang telah dilancarkan pada bulan Julai tahunini dan PCS akan memulakan siri jelajah penerangan ke seluruh Sabah bermula awal bulan Januari depan untuk memberikan penerangan kepada masyarakat Anak Sulung intipati padasemangat teras perjuangan PCS tersebut.
Secara ringkas, teras perjuangan PCS termaktub di dalam enam perkataan keramat: “Hak Kita, Tanah Kita, Kita Tentukan.” Pada dasarnya, Hak Kita merujuk kepada semua hak danjaminan di bawah MA63 dan Semangat Batu Sumpah Keningau; hak kita terhadap identiti dan kesetaraan budaya dan social di mana tiada bangsa lain yang mahu menjadi tuan atasbangsa lain. Tanah Kita yang berupa sebahagian penting dalam kehidupan ekonomi kita maka setiap warga Sabah harus berpeluang memiliki tanah dengan geran yang dikeluarkan secaraindividu kepada setiap pemilik tanah. PCS akan berjuang untuk mengakhiri amalan mengeluarkan geran komunal serta mengekalkan syarat pemilikan 30% ke atas semua kawasan tanahyang diluluskan dan dimiliki oleh badan korporat yang besar bagi setiap 1,000 hektar dan ke atas. Seterusnya, orang Sabah harus dibiarkan untuk mengekalkan dasar penentuan-diri (self-determination) dalam semua hal yang dimaktubkan di bawah Perlembagaan Persekutuan seperti mengurus dan mentadbir urusan harian kerajaan negeri termasuklah sumber negeri seperti cukai dan tarif yang dikutip di negeri Sabah.
Dari sudut sejarahnya, Anak Sulung Sabah adalah kumpulan yang majoriti di sekurang-kurangnya 40 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah. PCS bercadang untukmeletakkan calon di lebih daripada separuh kawasan ini. Namun demikian, PCS juga percaya dengan konsep perkongsian kuasa dan kita sangat percaya bahawa di bawah scenario politisekarang ini, tidak ada satu parti politik pembangkang berada di dalam satu kedudukan yang boleh menumbangkan kerajaan BN secara bersendirian. Oleh itu, adalah sangat penting bagisemua parti politik pembangkan yang mempunyai haluan dan pendirian yang sama untuk membentuk satu pakatan bagi menghadapi BN pada PRU14 nanti. Dengan demikian, PCS kekalterbuka kepada sebarang bentuk permuafakatan dan persefahaman dengan parti-parti pembangkan lain di negeri Sabah.

More Stories
Nuansa Percaturan Politik, Mencatur Politik, dan Politik Catur
16 November: Hari Yang Penting Untuk Sabah
Memahami permintaan untuk memberikan kerusi melebihi satu pertiga kepada Sabah dan Sarawak dalam representasi di Dewan Rakyat