Projek pembinaan Fiber Optic Cable Connectivity dalam National Fiberisation Plan kini sudah ditender dan sedang dalam proses pelantikan kontrak pelaksana.
Menurut Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, beliau telah difahamkan oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bahawa permohonannya yang telah diluluskan pada November 2019 yang melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Lokos, SK Wasai, SK Pahu dan SK Sinulihan tetap diteruskan.
“Pelan ini sebenarnya adalah pelan negara untuk menuju ke liputan 5G yang sudah pun mengalami kelewatan selama 2 tahun akibat pertukaran kerajaan menyebabkan pertukaran syarikat pembinaan daripada Huawei kepada Sony Ericsson.

“Mudah-mudahan perlaksanan projek boleh dimulakan seawal bulan September ini. Perjuangan untuk membela rakyat khususnya para belia di sekitar ini diteruskan sehingga berjaya,” katanya dalam satu hantaran di laman facebook rasminya hari ini.
Madius turut merakamkan penghargaan kepada Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) semasa Kerajaan Pakatan Harapan yang juga mantan Pegawai Khas beliau semasa menjadi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
“Pagawai ini banyak membantu termasuklah melawat sendiri SK Lokos, SK Wasai, SK Pahu dan SK Sinulihan sebelum sekolah-sekolah ini disenaraikan dalam program National Fiberisation Plan,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Madius dalam hantaran yang sama turut mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan atas tindakan melawat kawasan perkampungannya di Kampung Lokos.
“Terima kasih kepada Datuk Mazli atas tindakan melawat kampung saya dan juga melihat suasana PdPR pelajar, setelah membaca hantaran di facebook saya sebelum ini tentang keadaan pelajar di sini.

“Para pelajar terpaksa pergi ke pondok di atas bukit kerana ketiadaan talian internet di kawasan perumahan kampung Lokos. Terima kasih juga atas usaha untuk sama-sama mengatasi kesulitan para pelajar tersebut,” ujarnya yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
Dalam masa yang sama, katanya, di peringkat Pusat Khidmat Parlimen Tuaran sedang berusaha dengan pihak syarikat MEASAT dan syarikat Maxis untuk mencari jalan penyelesaian mengatasi kesulitan yang dihadapi pelajar berkenaan.
“Pihak MEASAT memberi nasihat bahawa pondok-pondok tersebut perlu diperbaiki dengan bahan binaan yang bersesuian untuk mendapatkan talian yang maksimum,” kata Madius.
Pada 16 Julai lalu, Madius dalam satu hantaran dalam facebooknya memaklumkan beliau selaku Ahli Parlimen Tuaran sudah sekian lama memperjuangkan permasalahan tersebut melalui suara perbahasan dan soalaan di Dewan Rakyat yang kemudiannya disusuli dengan surat rasmi.
Dalam hantaran itu beliau turut menyatakan SK Pekan Kiulu, SK Kitapol, SK Pukak dan SK Mantob telah mendapat peruntukan connectivity menggunakan Cable Fibre Optic dan kini pemasangan di SK Pekan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens sudah selesai.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad