Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menyampaikan sumbangan 100 kampit beras kepada Masjid Taman Sri Rugading Tuaran, baru-baru ini.
Menurutnya, sumbangan itu bertujuan bekalan Food Bank yang dinisiatif oleh masjid berkenaan untuk disalurkan kepada penduduk terjejas.
“Penduduk yang terjejas bolehlah mendapatkan bekalan dengan berhubung terus dengan pengurusan Food Bank Masjid Taman Sri Rugading,” katanya.

Sebelum ini, Madius juga telah menyampaikan 100 kampit beras untuk Food Bank yang dilaksanakan oleh Gereja St John Tuaran.
“Selain pembahagian beras kepada penduduk di empat DUN iaitu DUN Kiulu, Pantai Dalit, Tamparuli dan DUN Sulaman, kita juga menyampaikan bantuan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan rumah-rumah ibadat.
“Memandangkan Parlimen Tuaran yang luas dengan permintaan bantuan yang ramai, kita mengambil keputusan untuk menyampaikan bantuan dalam bentuk beras agar lebih ramai yang dapat menerima bantuan ini,.

“Pengagihan ini sudah dibuat oleh Pusat Khidmat Parlimen Tuaran sejak 10 Julai, dan pengagihan ke kawasan-kawasan lain masih lagi dalam proses pelaksanaan,” katanya.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad