YB Senator Datuk Nelson Wences Angang Merasmikan Tapak Tamu Kampung Manggis Papar

PAPAR – Datuk Nelson Wences Angang telah merasmikan Tapak Tamu Kampung Manggis Papar dalam satu majlis perasmian yang berlangsung dengan meriah di Kampung Manggis, Acara tersebut menandakan permulaan rasmi tapak baharu bagi tamu tradisional itu, yang diharapkan dapat menjadi pusat aktiviti ekonomi dan sosial masyarakat setempat.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Senator Datuk Nelson menekankan kepentingan memelihara warisan tamu tradisional sambil memastikan kemudahan yang disediakan memenuhi keperluan semasa. Beliau turut mengalu-alukan kerjasama semua pihak bagi memastikan kejayaan tapak tamu tersebut.

“Tapak Tamu Kampung Manggis ini bukan sekadar tempat berniaga, tetapi juga simbol perpaduan dan identiti masyarakat Papar. Ia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan, khususnya bagi peniaga kecil dan petani,” ujarnya.

Majlis tersebut turut diserikan dengan pelbagai aktiviti termasuk jualan produk segar, dan pertunjukan kebudayaan, Kehadiran ramai pengunjung, termasuk pemimpin tempatan dan warga kampung, mencerminkan sokongan padu terhadap pembangunan tapak tamu tersebut.

Dengan perasmian tapak baharu ini, diharapkan Tamu Kampung Manggis akan terus berkembang sebagai destinasi utama bagi penggemar produk tempatan dan pelancong yang ingin merasai keunikan budaya serta hasil pertanian masyarakat Papar.