Satu juta dos vaksin Pfizer yang disumbang oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada 8.10 pagi tadi.
Vaksin berkenaan dihantar dengan menggunakan pesawat Raya Airways TH 384 dan ketibaannya disambut oleh Menteri Luar, Hishammuddin Hussein; Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dan Duta AS ke Malaysia, Brian McFeeters.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada 80 juta dos yang dijanjikan kerajaan Joe Biden kepada negara lain di tengah-tengah kebimbangan perbezaan bekalan vaksin antara negara maju dan membangun.
Khairy yang dipetik Bernama, mengucapkan terima kasih kepada Washington atas sumbangan tersebut.
Sebelum ini, Hishammuddin dilaporkan berkata, Malaysia menghargai sokongan AS melalui kedutaannya di Kuala Lumpur sejak pandemik Covid-19 melanda tahun lalu.
Katanya, antara yang disumbangkan termasuk kelengkapan perubatan, peralatan perlindungan diri (PPE) serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bernilai USD250,000 (RM1.04 juta).

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad