10,915 kes ini hari, Sabah ada 784 kes

Kementerian Kesihatan melaporkan 10,915 kes harian baharu Covid-19 manakala 15,396 pesakit pulih.

Ini menjadikan keseluruhan 2,086,111 daripada 2,268,499 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 888 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 832 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 56 disyaki dijangkiti.

Sementara itu, 484 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 354 pesakit Covid-19 positif dan selebihnya 130 disyaki positif.

Katanya Sarawak mencatatkan kes tertinggi dengan 2,121.

Ia diikuti Selangor (1,386), Kelantan (1,288), Johor (1,124), Perak (862), Terengganu (818), Sabah (784), Penang (768), Kedah (574), Pahang (504), Melaka (216), Negeri Sembilan (211), Kuala Lumpur (171), Perlis (58), Putrajaya (26) dan Labuan (empat).

Terdapat 10,908 jangkitan tempatan hari ini, yang melibatkan 10,182 rakyat Malaysia dan 726 warga asing, dan tujuh lagi adalah kes import.

Noor Hisham berkata dari jumlah jangkitan baharu, hanya 1.3% atau 139 pesakit berada di Kategori 3, 4 dan 5.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara berada pada 0.90 dengan Perlis mempunyai nilai RT tertinggi iaitu 1.04, Putrajaya 1.03 dan Melaka 1.01.

Negeri lain pula mencatatkan nilai RT kurang dari 1.0, sementara Labuan mencatat nilai sifar, katanya.