111 pain darah berjaya dikumpul

Wong (depan tiga kanan) bersama jawatankuasa penganjur merakamkan gambar kenangan bersama pada Kempen Derma Darah anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Inanam. 

INANAM: Sebanyak 111 pain darah berjaya dikumpul sempena Kempen Derma Darah anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Inanam dengan kerjasama Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (Pendarah), Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Bahagian Sepanggar bertempat di Tugu Peringatan Inanam kelmarin.

Pengerusi KRT Pekan Inanam Datuk Wong Thien Fook berkata tujuan utama kempen adalah untuk membantu pihak hospital mengisi tabung darah di HQE 2 yang sentiasa diperlukan pada setiap masa.

“Kami anggap kempen ini sangat berjaya kerana kehadiran penderma seramai 220 orang namun hanya 111 orang saja yang boleh menderma darah.

“Kami akan meneruskan kempen ini dari semasa ke semasa kerana kami sedar bawaha setiap sumbangan darah itu dapat menyelamatkan banyak nyawa yang memerlukan,”katanya Wong.

Sementera itu Presiden Pendarah Alix Sunggin berkata beliau amat berterima kasih kepada pihak KRT Inanam terutama kepada Datuk Wong Thien Fook kerana memberi kepercayaan kepada Pendarah untuk terus bekerjasama dalam menganjurkan kempen derma darah.

“Ini adalah tahun kedua Pendarah dengan KRT Pekan Inanam bekerjasama dan sambutan amat menggalakkan. kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang goodies, wang ringgit, tenaga dan idea dalam menjayakan kempen kali ini,” kata Alix.

Dalam kempen tersebut Pengajur telah memberikan 1 kampit beras kepada kesemua 111 orang yang telah berjaya menderma darah. -BeritaSabah.com

Presiden Pendarah Alix Sunggin turut menderma darah sambil disaksikan oleh Datuk Wong Thien Fook (duduk).

 

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Inanam Benny Chua, menyampaikan goodies kepada salah seorang penderma darah.