Kementerian Kesihatan melaporkan 11,332 kes baharu Covid-19 dan 14,160 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu.
Ini menjadikan keseluruhan 2,020,099 daripada 2,220,526 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 986 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 848 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 138 kes masih dalam siasatan.
Katanya, 574 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 369 daripadanya positif Covid-19 dan baki 205 orang disyaki dijangkiti virus itu.
Beliau berkata, 247 kes atau 2.2% adalah Kategori 3 hingga 5, manakala 11,085 kes atau 97.8% lagi dalam Kategori 1 dan 2.
Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,358 kes.
Ia diikuti Johor dengan 1,319 kes, Selangor (1,231), Kelantan (1,088), Sabah (965), Pulau Pinang (895), Kedah (819), Perak (678), Pahang (677), Terengganu (629), Melaka (303), Kuala Lumpur (240), Negeri Sembilan (89), Putrajaya (19), Perlis (19) serta Labuan (3).
Daripada jumlah kes baharu itu, 23 ialah kes import dan 11,309 kes penularan tempatan membabitkan 10,475 warganegara serta 834 warga asing.
Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.90 setakat semalam.
Pahang mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.00, disusuli Perlis (0.99), Putrajaya (0.99), Kelantan (0.97), Perak (0.97), Terengganu (0.97), Melaka (0.97), Sarawak (0.93), Johor (0.93), Pulau Pinang (0.90), Selangor (0.88), Negeri Sembilan (0.88), Sabah (0.86), Kedah (0.85) dan Kuala Lumpur (0.84).

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad