KOTA KINABALU: (16 September) Seramai 12 orang terdiri dari wakil-wakil Persatuan, Parti Politik dan Syarikat telah menyertai Bengkel Penulisan berita anjuran BeritaSabah.com kelmarin.
Pengerusi Penganjur dan pemilik Portal BeritaSabah.com Encik Alix Sunggin berkata, Ini adalah Bengkel pertama kali dianjurkan sejak ditubuhkn pada Januari 2015 bertujuan memberi panduan kepada peserta cara-cara membuat dan menghantar berita bukan sahaja ke Portal beritaSabah.com tetapi juga ke media massa lain.
“Banyak persatuan yang aktif melakukan aktiviti tetapi tidak diketahui umum kerana tidak tersiar dalam akhbar kerana mereka (persatuan) tidak tahu bagaimana cara melaporkan dan menghantar berita kepada pihak akhbar.”
“Oleh itu kita memberi peluang seluas-luasnya kepada semua Perubuhan Buka Kerajaan (NGO) untuk mempromosikan aktiviti mereka dalam Portal BeritaSabah.com secara percuma. Kata Alix.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad