12,735 kes baru ini hari, Sabah ada 993 kes

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 12,735 kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 2,245,695 kes.

Sebanyak 72.7 peratus (9,254) kes baru dikesan di semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak dengan 27.3 peratus (3,481) kes.

Bagi semenanjung, sebanyak 2,226 kes baru (24.1 peratus) dikesan di Lembah Klang.

Sarawak menjadi negeri dengan kes baru tertinggi dengan 2,487 kes sementara Kedah, Kelantan dan Perlis menunjukkan peningkatan.ADS

Kes baru di Kedah hari ini adalah tertinggi untuk tempoh 12 hari (sejak 18 September) manakala jumlah kes baru di Kelantan dan Perlis adalah yang tertinggi untuk tempoh seminggu.

Pada masa sama, jangkitan di Pulau Pinang dilihat menurun dengan kes baru hari ini merupakan terendah sejak 10 Ogos lalu.

Pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Sarawak (2,487)
  • Selangor (1,940)
  • Johor (1,241)
  • Kelantan (1,232)
  • Kedah (1,033)
  • Sabah (993)
  • Perak (913)
  • Pulau Pinang (763)
  • Terengganu (726)
  • Pahang (697)
  • Kuala Lumpur (258)
  • Melaka (194)
  • Negeri Sembilan (132)
  • Perlis (97)
  • Putrajaya (28)
  • Labuan (1)