1,285 kes baharu Covid-19 ini hari

Kementerian Kesihatan melaporkan 1,285 kes baharu Covid-19 dengan empat kematian berbanding 1,175 pesakit sembuh.

Ini menjadikan 340,242 kes sembuh daripada 355,753 kes Covid-19 dan 1,308 kematian yang direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 14,203 kes aktif dengan 81 daripada 186 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, 17 ialah kes import dan 1,268 kes penularan tempatan yang membabitkan 999 warganegara serta 269 warga asing.

Noor Hisham berkata, Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 374 kes.

“Daripada jumlah ini, 292 kes (78.1%) daripada kluster dan saringan kontak rapat,” katanya dalam kenyataan.

Ia disusuli Sarawak dengan 211 kes, Pulau Pinang (162), Kuala Lumpur (120), Sabah (106), Johor (101), Kelantan (87), Kedah (31), Perak (24), Putrajaya (19), Negeri Sembilan (12), Pahang (12), Melaka (11), Terengganu (11), Labuan (tiga) dan Perlis (satu).

Empat kematian di Sabah, Sarawak dan Selangor itu membabitkan warganegara berusia 60 hingga 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan tuberkulosis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *