13,754 kes Covid-19 ini hari, Sabah ada 1,629 kes

Kementerian Kesihatan melaporkan 13,754 kes baharu Covid-19 berbanding 16,628 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan keseluruhan 1,933,716 daripada 2,156,678 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.

Daripada jumlah kes baharu itu, 233 kes atau 1.7% adalah Kategori 3 hingga 5, manakala 13,521 kes atau 98.3% lagi dalam Kategori 1 dan 2.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 1,107 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 868 orang disahkan positif Covid-19 dan 239 lagi dalam siasatan.

Beliau berkata, 613 daripada jumlah itu memerlukan bantuan pernafasan, dengan 387 orang disahkan positif Covid-19 dan selebihnya 226 lagi disyaki positif.

Daripada jumlah baharu itu, empat ialah kes import dan baki 13,750 kes penularan tempatan membabitkan 12,491 warganegara serta 1,259 warga asing.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,985 kes.

Ini diikuti Johor 1,913 kes, Sarawak (1,766), Sabah (1,629), Kelantan (1,264, Pulau Pinang (1,052), Pahang (869), Perak (844), Kedah (783), Terengganu (664), Melaka (292), Kuala Lumpur (383), Negeri Sembilan (175), Perlis (113), Putrajaya (14) dan Labuan (8).

Beliau berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.92 setakat semalam.

Pahang terus mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.03 disusuli Perak (1.02),Terengganu (1.01), Perlis (1.01), Sarawak (1.00),Kelantan (1.00), Johor (0.99),Putrajaya (0.97), Pulau Pinang (0.92),Sabah (0.89), Melaka (0.89), Kedah (0.88), Selangor (0.88), Negeri Sembilan (0.86) dan Kuala Lumpur (0.84).