13,899 kes Covid-19 ini hari. Sabah ada 962 kes

Kementerian Kesihatan melaporkan 13,899 kes baharu Covid-19 berbanding 18,074 kes sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,185,131 kes setakat ini, dengan 1,968,541 daripadanya kes pulih.

Daripada jumlah kes baharu itu, 211 kes atau 1.5% adalah Kategori 3 hingga 5, manakala 13,688 kes atau 98.5% lagi dalam Kategori 1 dan 2.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 1,071 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 601 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah itu, enam ialah kes import dan baki 13,893 adalah kes penularan tempatan membabitkan 12,671 warganegara serta 1,322 warga asing.

Katanya, Sarawak masih mencatatkan jangkitan harian tertinggi dengan 2,712 kes.

Ia diikuti Selangor dengan 2,341 kes, Johor (1,377), Kelantan (1,170), Perak (1,128), Pulau Pinang (1,060), Sabah (962), Pahang (779), Terengganu (760), Kedah (708), Melaka (339), Kuala Lumpur (310), Negeri Sembilan (194), Putrajaya (37), Perlis (17) dan Labuan (5).

Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.90 setakat semalam.

Pahang (1.01), Perlis (0.99), Terengganu (0.99),Perak (0.98),Johor (0.98), Putrajaya (0.98),Kelantan (0.97), Sarawak (0.97), Melaka (0.91), Pulau Pinang (0.89), Sabah (0.88),Negeri Sembilan (0.87)Selangor (0.87), Kedah (0.85),Kuala Lumpur (0.85).

Penggunaan katil ICU di seluruh negara pula adalah pada kadar 70%.

Katanya, hanya Pulau Pinang dan Sarawak yang merekodkan kadar penggunaan katil ICU lebih 90% iaitu masing-masing 96% dan 92%.

Kadar penggunaan katil ICU di negeri-negeri lain adalah di bawah 85%.