[ad_1]
KUCHING, 8 Jan (Bernama) — Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di pusat pemindahan di Dewan Kampung Bijuray Mogag, Bau, telah bertambah ke 143 orang daripada 28 keluarga setakat 8 pagi ini.
Malam tadi seramai 30 orang daripada tujuh keluarga di Kampung Bijuray dipindahkan di pusat pemindahan tersebut berikutan hutan renyai-renyai semalam.
Mengikut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, hanya sebuah pusat pemindahan sedang dibuka setakat ini.
“Hujan lebat berterusan dari kawasan tinggi bermula tengah hari semalam telah menyebabkan air sungai di kawasan berdekatan berlimpah dan mengalir ke kawasan kampung rendah,” katanya.
Bagaimanapun, keadaan air telah mula surut pada masa ini.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional