Sandakan : Seramai 157 orang pelajar dari 21 buah sekolah menengah sekitar daerah ini menerima Skim Bantuan Menengah Yayasan Sabah (BMYS).
Majlis penyerahan BMYS itu disempurnakan Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar Khan Bahadar di Dewan Sri Libaran, di sini baru-baru ini.
Selain penyerahan BMYS, turut diadakan program ceramah motivasi.
Gulamhaidar berkata, pendidikan adalah kunci kejayaan seseorang individu, keluarga, malah negara.
Katanya, dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, cabaran yang dihadapi oleh pelajar semakin mencabar.
“Teknologi dan maklumat berkembang pesat, dan dunia pekerjaan juga berubah dan memerlukan kemahiran yang lebih tinggi,” katanya.
Dalam majlis sama, Pusat Pendidikan Khas Bersepadu Sekolah Kebangsaan (SK)’Muhibbah, Sandakan turut menerima sumbangan RM5,000 untuk pembelian alat bantu mengajar seperti televisyen dan set komputer untuk murid berkeperluan khas di SK Muhibbah. -SABAH MEDIA

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ