17,105 kes Covid-19 ini hari

PELABUHAN KLANG 10 DISEMBER 2020. Petugas kesihatan melakukan ujian saringan COVID-19 terhadap pekerja warga asing di kawasan perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi mencegah penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing. STR/FAIZ ANUAR

Kementerian Kesihatan melaporkan 17,105 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan jangkitan Covid-19 meningkat kepada 1,163,291 kes setakat ini.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 5,836 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,309), Johor (1,275), Kedah (1,036), Sabah (1,010), Perak (967), Kelantan (915), Negeri Sembilan (816), Pulau Pinang (798), Pahang (628), Melaka (508), Sarawak (494), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (tujuh) dan Labuan (lima).