KINABATANGAN: Seramai 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Pakistan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menerusi Ops Sapu di sekitar daerah ini, baru-baru ini.
Operasi itu dilaksanakan membabitkan sepasukan 21 pegawai Imigresen dari JIM Sandakan dan berjaya memeriksa 23 warga asing.
Menerusi kenyataan di Facebook rasmi JIM Sabah berkata, hasil pemeriksaan mendapati 18 individu lelaki dewasa yang diperiksa gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah dan disyaki melanggar pelbagai kesalahan imigresen.
Katanya, semua mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“JIM Sabah terus komited membanteras kehadiran PATI di negeri ini dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melindungi atau menggaji warga asing tanpa izin,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut menyeru kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan keberadaan PATI di kawasan masing-masing bagi membolehkan tindakan segera diambil. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad