1MDB : polis failkan pertuduhan jenayah terhadap lima individu termasuk Jho Low

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Polis telah memfailkan pertuduhan jenayah terhadap lima individu termasuk ahli perniagaan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman telah menjalankan siasatan terhadap 1MDB atas pelbagai kesalahan jenayah melibatkan transaksi kewangan serta urus niaga yang dijalankan oleh syarikat 1MDB yang dikemukakan dan ditaklimatkan kepada Peguam Negara pada 3 Dis.

“Setelah meneliti keterangan kes, Peguam Negara membuat keputusan agar pihak polis memfailkan pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Jenayah Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) itu di Mahkamah Sesyen Jenayah, Jalan Duta di sini semalam, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
…..

 

[ad_2]