20 NGO dan Syarikat bergabung anjur kempen derma darah di Megalong 5 Oktober ini

Alix (empat dari kiri) menerima sumbangan berupa cek untuk membeli goodies daripada Pengerusi Persatuan Kebajikan Bambarayon Kg. Kopungit Encik Willie Belugu ( lima dari kanan) bersama AJK Bambarayon

PENAMPANG: Sebanyak 20 Badan bukan kerajaan dan syarikat bergabung menganjurkan Kempen Derma Darah pada 5 Oktober ini bertempat di Tingkat Bawah Megalong, Donggongon bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Pengerusi Penganjur yang juga Presiden Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata kempen adalah anjuran bersama Pendarah, Persatuan Talasemia Sabah dan Pertubuhan Kebajikan Melati Sabah (Melati).

Antara lain yang terlibat adalah Lions Club of Kota Kinabalu City, Pertubuhan Orang Asal Sabah (Orang Asal), Event Finders, Megalong, UPKO Bahagian Penampang, Ahmadiyya Muslim Community, Persatuan Anak Negeri Sabah (PANSA), Persatuan Kebajikan Bambarayon Kampung Kopungit Kota Kinabalu (Bambarayon), Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Nuluh Kopungit (Pekebun), Persatuan Penanam dan Pengusaha Lada Hitam Sabah (PLAS), McDonald’s, Sabah Navara Truck Owners Association, DSeven Travel & Tours Sdn Bhd, BeritaSabah.com, AtukoiFM, ArtVision dan Jabatan Tranfunsi Hospital Queen Elizabeth Dua.

“Pihak penganjur telah menyediakan beras 5kg untuk 100 orang penderma terawal sebagai penghargaan”.

“Marilah kita sama-sama menunaikan tanggungjawab sosial. Kami amat mengharapkan sokongan orang ramai agar sama-sama menderma darah untuk membantu pihak hospital untuk mendapatkan bekalan darah”

“Pihak Hospital Queen Elizabeth Satu dan Dua memerlukan sekitar 200 hingga 300 pain darah sehari digunakan untuk merawat pesakit seperti mangsa Demam Denggi, Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah, Ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah selepas bersalin, Bayi yang memerlukan pertukaran darah, Pesakit Talasemia, Pesakit Anemia, Mangsa kebakaran, Pesakit leukemia dan Pesakit Haemifilia dan sebagainya” kata Alix.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *