Para peserta kursus certificate in bridal make-up & eyelash extension bergambar bersama Maria dan Salina (duduk tengah)
KOTA KINABALU: Seramai 21 orang peserta e-Kasih telah menyertai kursus certificate in bridal make-up & eyelash extension dibawah program pembasmian kemiskinan tajaan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.
Kursus ini dkendalikan oleh Rozsall Salon & Beauty Academy selama sebulan mulai 17 September hingga 10 Oktober. Peserta kursus terdiri dari pelbagai kaum dan berasal dari seluruh Negeri Sabah iaitu Daerah Penampang, Inanam, Tamparuli, Kudat, Tuaran, Beaufort, Tawau, Sandakan, Semporna, Papar dan sebagainya.
Para peserta telah diberi latihan kemahiran dalam bidang solekan dan eyelash extension. Selain itu, mereka juga diberi motivasi serta bimbingan pemasaran di media sosial sebagai cara untuk menjana pendapatan.
Majlis penutupan kurus itu diadakan di Ibis Styles Hotel, Kota Kinabalu, Sabah telah disempurnakan oleh Puan Maria David Edict, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (KPIM) Negeri Sabah. Berucap di majlis itu,
Maria berkata Kerajaan Negeri Sabah melalui KPIM Negeri Sabah komited untuk membantu golongan e-Kasih melalui program pembasmian kemiskinan dalam pelbagai bidang dan Rozsall adalah salah satu penyedia latihan yang dilantik.
Beliau mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Rozsall Salon & Beauty Academy yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan program tersebut.

Maria berkata, pebagai bidang kemahiran telah ditawarkan pada tahun ini antaranya jahitan, SPA, solekan, masakan, hospitaliti dan banyak lagi. Sehubungan itu, beliau menyeru para peserta agar menggunakan peluang yang ada untuk memambah pengetahuan dan kemahiran agar dapat memperbaiki keadaan ekonomi keluarga dan seterusnya keluar dari kepompong kemiskinan. Sementara itu,
Pengarah Urusan Rozsall Salon & Beauty Academy, Salina Ali berharap agar para peserta dapat menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin dan menggunakan platform media sosial sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan.
Wakil peserta kursus, Puan Salmah Azniza dalam ucapannya mewakili para peserta melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada KPIM yang telah memberi mereka peluang menyertai program tersebut. Salmah juga memuji Rozsall yang telah memberikan latihan yang berkualiti menerusi barisan tenaga pengajar yang berkemahrian tinggi.
Turut hadir Encik Wallter Aliun, wakil Pegawai Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah. Tamat.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ