Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 22,597 kes Covid-19 dan 252 kematian setakat hari ini.
Dalam satu kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,685,510.
Hisham berkata, terdapat 19,492 kes pulih, menjadikan jumlah mereka yang sembuh dari Covid-19 menjadi 1,401,160.
Terdapat 268,548 kes aktif dengan 986 pesakit dirawat dalam rawatan intensif dan 451 memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, sebanyak 252 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 15,802. kes.
Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 5,814.
Ia diikuti oleh Sabah (2,834), Sarawak (2,427), Kedah (2,162), Pulau Pinang (1,920), Johor (1,896), Kelantan (1,289), Kuala Lumpur (1,111), Perak (1,061), Terengganu (739), Pahang (579), Negeri Sembilan (345), Melaka (269), Perlis (98), Putrajaya (48) dan Labuan (5).

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong