Kementerian Kesihatan melaporkan 2,882 kes baharu Covid-19 berbanding 3,291 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.
Ini menjadikan keseluruhan 2,692,216 daripada 2,764,354 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 284 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 191 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 93 lagi disyaki dijangkiti virus itu.
Sementara itu, 156 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 82 pesakit positif Covid-19 dan selebihnya 74 kes masih dalam siasatan.
Hisham berkata, terdapat 333 kes import dan baki 2,549 kes jangkitan tempatan yang membabitkan 2,478 warganegara serta 71 warga asing.
Daripada jumlah kes baharu itu, hanya 1.7% dalam Kategori 3, 4 dan 5.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara pula direkodkan pada kadar 0.99, dengan Kelantan mencatatkan kadar R-Naught tertinggi 0.99, diikuti Johor (0.98).
Hisham berkata, satu kluster dilaporkan hari ini.
Varian membimbangkan
Hisham berkata, 172 kes baharu varian membimbangkan (VOC) dilaporkan dari 25 Dis lalu hingga hari ini membabitkan 170 kes varian Delta dan dua kes varian Omicron.
Katanya, ini menjadikan keseluruhan kes VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI) meningkat kepada 5,480 kes, iaitu 5,460 kes VOC dan 20 kes VOI.
“Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat 5,151 kes varian Delta, 233 kes varian Beta, 14 kes varian Alpha dan 64 kes varian Omicron. Bagi kes VOI, terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad