Tiga lokaliti di Sabah dan satu di Sarawak akan dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD selama 14 hari bermula 21 Jun hingga 4 Julai ini susulan berlaku peningkatan jangkitan Covid-19.
Di Sabah, PKPD di Sandakan melibatkan Kampung Nelayan Batu 10, manakala di Penampang pula membabitkan Fasa 1 dan Fasa 2, Taman Digot.
“Terdapat peningkatan ketara kes di Kampung Nelayan Batu 10, apabila sebanyak 19 kes positif direkodkan hasil daripada 29 individu yang disaring dengan kadar positiviti 65.51%.
“Di Fasa 1 dan Fasa 2, Taman Digot, Penampang, Sabah, sebanyak lapan kes positif Covid-19 telah dikesan hasil saringan dilakukan oleh KKM di lokaliti tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Sementara di Lahad Datu, PKPD melibatkan kawasan Kampung Rancangan Silabukan Peringkat 4, dengan lapan individu disahkan positif Covid-19 hasil daripada 40 ujian saringan.
Di Kelantan, PKPD melibatkan Taman Merbau Utama, Mukim Bukit Jawa, Selising, Pasir Puteh, dengan 41 kes positif telah direkodkan

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad