3,175 kes Covid-19 ini hari

Kementerian Kesihatan melaporkan 3,175 kes baharu Covid-19 berbanding 2,977 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan keseluruhan 2,720,399 daripada 2,792,035 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 229 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 200 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 29 lagi disyaki dijangkiti virus itu.

Sementara itu, 99 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 68 pesakit positif Covid-19 dan selebihnya 31 kes masih dalam siasatan.

Hisham berkata, terdapat 272 kes import dan baki 2,903 kes jangkitan tempatan yang membabitkan 2,745 warganegara serta 158 warga asing.

Daripada jumlah kes baharu itu, hanya 1.9 % dalam Kategori 3, 4 dan 5.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara pula direkodkan pada kadar 0.98, dengan Labuan mencatatkan kadar R-Naught tertinggi 1.16 dan diikuti Kuala Lumpur (1.08).

Hisham berkata, sembilan kluster dilaporkan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hisham berkata, lapan kes baharu penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini.

Ini menjadikan keseluruhan 2,442 kes sehingga kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *