Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,270 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,773,156 kes setakat ini.
Katanya, 3,195 pesakit telah sembuh, manakala 257 masih menerima rawatan rapi dengan 197 disahkan positif Covid-19, selain 60 dalam siasatan.
Seramai 137 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 89 disahkan positif Covid-19 dan baki 48 dalam siasatan.
Sementara itu, 3,018 jangkitan tempatan direkodkan hari ini, membabitkan 2,916 warganegara dan 102 warga asing, manakala 252 kes import.
Daripada jumlah itu, hanya 2.1% pesakit berada dalam kategori 3, 4 dan 5 ketika diagnosis.
Beliau turut melaporkan, empat kluster baharu dikesan hari ini.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ