3,731 kes baharu Covid-19, 15 kematian

Kementerian Kesihatan melaporkan 3,731 kes baharu Covid-19 dan 15 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melaporkan daripada jumlah kes baharu itu, 3,723 adalah penularan tempatan manakala lapan jangkitan di luar negara.

Dengan itu, jumlah kes positif Covid-19 direkodkan dalam negara kini 242,452 kes.

Setakat 7 Feb, Selangor terus merekodkan kes positif tertinggi dengan 1,606 diikuti Johor, 499 kes, Kuala Lumpur 372 kes, Melaka 313, dan Pulau Pinang 250.

Sementara itu, negeri yang mencatat dua angka kes baharu adalah Negeri Sembilan dengan 92 kes, Perak 71 kes, Kedah 43 kes, Pahang 34 kes, Terengganu 29 kes, dan Perlis dengan tujuh kes, selain sembilan di Putrajaya.

Ketika ini, seramai 51,241 kes aktif, dengan 292 di unit rawatan rapi (ICU) dan 140 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 3,369 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 190,339.

Pertambahan kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 872.