[ad_1]
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata Fasa 1 dan Fasa 2 i-Suri dijalankan secara caruman sukarela dan bersasar iaitu wanita yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri sehingga 30 Jun lalu serta memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan.
“Pelaksanaan Fasa 1 dan 2 tidak melibatkan caruman daripada suami tetapi ahli sendiri dan jangkaan tempoh pelaksanaannya adalah selama dua tahun (tahun 2018 dan 2019).
“Seterusnya, dijangkakan pada 2020, pelaksanaan i-Suri Fasa 3 iaitu caruman secara wajib akan diperkenalkan yang mana ia berbeza dengan Fasa 1 dan Fasa 2. Ia lebih bersifat menyeluruh yang mana sasaran adalah untuk membina asas keselamatan sosial bagi 45.4 peratus wanita yang berada di luar pasaran buruh, ” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
…..
[ad_2]


More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ