[ad_1]
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu 421 dokumen berkaitan kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas empat pertuduhan rasuah membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion, diserahkan kepada pihak pembelaan untuk digunakan bagi tujuan perbicaraan.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan ketika pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Bagaimanapun Sri Ram, yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, berkata pihaknya sedang berusaha mendapatkan beberapa dokumen perbankan membabitkan 21 kes pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB yang dihadapi Najib.
…..
[ad_2]
More Stories
Polis Sabah, SKMM pantau isu sensitif di media sosial
SMJE jual minyak mentah pertama 2025 bernilai RM100 juta
6 kompaun dikeluarkan kepada penjaja ingkar arahan di Pasar KK