Kementerian Kesihatan melaporkan 4,214 kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu berbanding 5,298 kes sehari sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 4,280 pesakit sembuh dalam tempoh sama, menjadikan 170,329 kes pulih daripada keseluruhan 219,173 kes Covid-19.
Daripada jumlah kes baru itu, 4,205 kes penularan tempatan dan sembilan lagi kes import.
Sepuluh kematian yang dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 770 kematian.
Terdapat 48,074 kes aktif ketika ini, dengan 137 daripada 316 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Hisham berkata, Selangor melaporkan kes baru tertinggi sebanyak 1,362 kes (32.3%).
“Daripada jumlah ini, sebanyak 967 kes (71%) daripada kluster dan saringan kontak rapat.
“Ini diikuti Johor sebanyak 1,068 kes (25.3%) dan Kuala Lumpur sebanyak 702 kes (16.7%),” katanya dalam kenyataan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ