Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,262 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,707,402. Manakala kadar keboleh-jangkitan atau Rt-0 menurun secara berterusan.
Rt-0 negara pada masa ini adalah 0.92, turun daripada 0.99 pada 7 Disember. Rt-0 kurang daripada 1.00 menunjukkan bahawa penyebaran wabak Covid-19 semakin perlahan.
Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lalu pula terus menurun sebanyak 6.5 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.
Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kadar kemasukan hospital pesakit Covid-19 di Pulau Pinang (+32.6 peratus) dan Johor (+11.3 peratus) telah meningkat.ADS
Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (15 Disember) yang mencatatkan 3,900 kes adalah seperti berikut:
- Selangor (1,134)
- Johor (403)
- Kuala Lumpur (325)
- Pahang (318)
- Pulau Pinang (279)
- Kedah (263)
- Perak (234)
- Sabah (224)
- Terengganu (205)
- Negeri Sembilan (202)
- Kelantan (111)
- Melaka (95)
- Sarawak (50)
- Putrajaya (22)
- Perlis (21)
- Labuan (14)

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ