25 mati dan 4,519 kes Covid-19 ini hari

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 4,519 kes baharu Covid-19 dengan 25 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes sembuh mencatat 2,719, menjadikan jumlah mereka yang bebas daripada Covid-19 adalah 398,723.

Dalam sidang media hari ini, Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini berjumlah 436,944.

Terdapat 36,564 kes aktif dengan 210 daripada 393 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, 25 kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 1,657.

Terdapat 4,514 jangkitan tempatan dan lima kes import.

Selangor mencatat jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,722 kes, dengan 1,165 dikesan dari pemeriksaan kontak rapat dan 163 dari kluster.

Ini diikuti oleh Kuala Lumpur dengan 557 kes, Sarawak (479), Kelantan (373), Pulau Pinang (363), Johor (288), Kedah (183), Perak (108), Melaka (100), Pahang (99), Negeri Sembilan (98), Terengganu (71), Sabah (63), Putrajaya (12), Labuan (dua) serta Perlis (satu).

Sebanyak 25 kes kematian hari ini melibatkan 24 rakyat Malaysia dan seorang warga asing, berumur antara 51 dan 88 tahun. Semua kecuali tiga mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *