Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,293 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 63,815 kes aktif dan 880 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 454 memerlukan bantuan pernafasan.
Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini 696,408 manakala kes sembuh pula 5,941 dengan 628,185 jumlah kumulatif .
Sementara itu, sebanyak 60 kematian dicatat menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini 4,408.
Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,680 kes.
Ia disusuli Negeri Sembilan (693), Sarawak (661), Johor (627), Kuala Lumpur (379), Perak (205), Melaka (183), Kedah (170), Kelantan (167), Sabah (163), Labuan (156), Pulau Pinang (114), Pahang (77), Terengganu (12), Putrajaya (4) dan Perlis (2).
Terdapat 5,286 jangkitan tempatan hari ini, membabitkan 3,894 rakyat Malaysia dan 1,392 warga asing, serta tujuh kes import.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong