Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 8,334 kes sembuh Covid-19 dan yang tertinggi setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 5,793 kes baharu Covid-19, sementara 76 angka korban dalam tempoh 24 jam lalu.
Hisham berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 652,204 kes.
Dalam kenyataan, Noor Hisham berkata Selangor terus mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu 1,582 kes
Ia disusuli Negeri Sembilan (618), Sarawak (569), Kuala Lumpur (559), Johor (504), Sabah (378), Kelantan (337), Labuan (250), Perak (218), Pulau Pinang (198), Melaka (178), Kedah (171), Pahang (121), Terengganu (82), Putrajaya (23) dan Perlis (5).
Daripada jumlah kes baharu itu, enam kes import dan baki 5,787 adalah penularan tempatan.
Katanya, terdapat 76,247 kes aktif, dengan 459 daripada 914 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 572,113 kes manakala jumlah keseluruhan kematian setakat ini 3,844.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong