Kementerian Kesihatan melaporkan 5,828 kes baharu Covid-19 dan 9,178 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.
Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 6,630 kes yang dilaporkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,426,050 kes, dengan 2,320,391 daripadanya kes pulih.
Katanya, 620 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 533 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 87 lagi disyaki dijangkiti virus itu.
Seramai 297 orang daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, dengan 229 daripadanya positif Covid-19 dan selebihnya 68 orang masih dalam siasatan.
Daripada jumlah kes baharu itu, tujuh ialah kes import dan 5,821 kes penularan tempatan yang membabitkan 5,564 warganegara serta 257 warga asing.
Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.87 setakat semalam.
Kuala Lumpur mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.02, disusuli Negeri Sembilan (0.98), Putrajaya (0.95), Melaka (0.94), Selangor (0.93), Sabah (0.91), Kelantan (0.87), Johor (0.86), Terengganu (0.86), Kedah (0.86), Pulau Pinang (0.84), Perak (0.82), Pahang (0.81), Sarawak (0.80) dan Perlis (0.75).

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ